Guest House , Khao Sarn Road , Bangkok
 
 
 

Amarin Inn, sebuah rumah tumpangan (guest house) terletak di pusat kota lama Bangkok, berdekatan dengan €Khao Sarn Road€ yang terkenal di kawasan Banglumpoo.

Selain itu, Amarin Inn juga terletak berhampiran dengan pusat tarikan pelancong yang terkenal di Thailand seperti Istana Besar Diraja Thailand, Rumah Vimanwek yang unik, kuil-kuil bersejarah dan Sungai Chaophraya. Di samping itu, terdapat banyak kedai membeli-belah yang menarik berhampiran dengan tempat penginapan ini. Selepas keletihan membeli-belah, anda dapat singgah sebentar dan menikmati urutan kaki yang menyegarkan ala Thai.

Amarin Inn yang terletak lima puluh meter dari jalan besar dapat menawarkan keadaan yang sangat aman dan selesa dari kebingitan kota. Di sini, anda akan berkesempatan untuk menyelusuri perkampungan lama masyarakat Islam Thailand. Dengan berjalan kaki, Masjid Chakrapong terletak hanya dua minit dari Amarin Inn, di mana laungan azan akan kedengaran setiap waktu.

Tradisi Thailand akan sentiasa membelai anda dengan senyuman manis dan layanan yang mengutamakan keselesaan anda sepanjang kunjungan anda di Thailand. Dari segi makanan, Amarin Inn menawarkan juadah Halal ala Thailand dan antarabangsa, mengikut kesesuaian citarasa anda. Anda juga dapat menghayati pemandangan lampu-lampu bergemerlipan di kota Bangkok yang indah dari bumbung terbuka Amarin Inn pada waktu malam. Selain itu, anda juga dapat menghirup udara segar berdekatan dengan sungai besar Diraja iaitu Sungai Chaophraya. Di saat anda melangkah masuk ke ruangan Amarin Inn, anda sesungguhnya akan dapat merasai ketenteraman jiwa di dalam ruangan berhawa dingin yang selesa, dan seterusnya dapat menyelami syurga duniawi peradaban Thailand.

Kelengkapan: Amarin Inn menawarkan 24 bilik khas untuk mereka yang berkunjung secara berseorangan, bersama keluarga atau dalam kumpulan kecil. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin, tingkap, telefon, TV satelit serta bilik air yang dilengkapi dengan pemanas air. Bilik yang bersambungan (connecting rooms) juga disediakan. 

     
     

 
 
Check In Date:
Nights:
Adults:
Children :
Cancel Booking options
 
 



 
  Discover more about these important facilities and services  
 
 
 
 
 
     
 

     

 

Copyright 2007. www.amarininn.com. All rights reserved.